Hutan Hujan Tropika
Hutan Hujan Tropika adalah hutan yang paling luas
dan terpenting di Malaysia. Hutan ini meliputi kira-kira 70% daripada
jumlah kawasan hutan di Malaysia. Kira-kira 46% daripada keluasan hutan
ini terdapat di negeri Sarawak, 31 % di Semenanjung Malaysia dan 23% di
negeri Sabah.
|
Hutan-hutan Di Malaysia |
Hutan ini
tumbuh di kawasan kurang daripada 1200 meter. Hutan ini terdapat di kaki
bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan
bahagian pendalaman Sabah dan Sarawak. Hutan ini juga dikenali sebagai Hutan Dipterokarp Tanah Pamah.
|
Epifit: Paku Tanduk Rusa |
|
Ciri-cir: Berakar banir |
Ciri-ciri Hutan Hujan Tropika:
- Malar Hijau - pokok-pokok tidak menggugurkan semua daun pada masa yang sama;
- tumbuhan rapat-rapat dan tebal;
- menjadi habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi;
- bercampur aduk - terdapat pelbagai spesies pokok yang tumbuh dalam satu kawasan;
- berakar banir, tumbuh berlapis-lapis dan mempunyai batang yang lurus dan tinggi;
- terdapat pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau, seraya dan kapur;
- terdapat empat lapisan yang nyata iaitu lapisan emergen, kanopi, tengah dan bawah.
|
Lapisan Pokok Dalam Hutan Hujan Tropika |
Terdapat pelbagai jenis hidupan liar yang hidup didalam Hutan Hujan Tropika mengikut lapisan ketinggian hutan tersebut:
|
Hidupan Liar Mengikut Lapisan Ketinggian Di Dalam Hutan Hujan Tropika |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan